Bismillah
Perghh.. Dah lama saya tak menulis dan dah lama juga saya bekukan segala aktiviti menyediakan shopping cart untuk blogger. Dan sekarang saya sudah buka semula. Itu pun buat masa ni saya hanya offer untuk 3 template ni aje.
- Template Medical Herbal Modif
- Template Johny Sip Deh Modif
- Template Johny Megstore Modif
Kenapa modif semuanya? Sebab dia dah modified dari yang asal. Kini saya punya sasaran untuk menyediakan template responsif dan juga jenis template yang memudahkan, ringan, jadi tidaklah loading lama sangat..
Apa lagi kelebihan template modif ni? Teratur.
Ye, susunannya baik untuk penjual dan juga pelanggan. Buat masa sekarang ketika saya menulis ni, ramai yang tidak bersedia dengan pembelian terus menerusi paypal. Wal hal itu lah yang lebih senang. Cuma ada seller yang mahukan kos penghantaran yang lebih pelbagai dan tepat untuk setiap daerah, jadi kami bagi pilihan iaitu pelanggan isi borang online dan segala data yang lengkap termasuk kos penghantaran akan dikirakan secara automatik melalui invois yang dihantar melalui e-mel pelanggan. Kemudian pelanggan akan buat pilihan untuk bayar di mana.. samada bank pilihan atau paypal.