Kenapa Blogspot Shopping Cart?

pakaian muslimah
www.alfatehonlineshop.blogspot.com

Ada dua salah faham yang mungkin berlaku. Yang pertama saya desain termasuk produknya sekali. Pembetulan, saya desain blog bukan produk. Produk adalah customer 100 peratus. Pada permulaan saya tolong isikan mana yang patut terutama dibahagian pembayaran. Mana yang customer tak faham saya bagi tutorial sampai pandai.


Yang ke-2. Adakah saya ambil gambar atau imej blog tanpa kebenaran. Saya sangat mengelak untuk melakukan itu. Kadang-kadang memang sukar mendapatkan imej yang sesuai, tetapi saya usahakan juga.

Ke semua desain yang saya buat adalah simple tetapi nampak kemas dan mengharapkan pandangan yang dilihat oleh viewer kelihatan cantik. (dengan penuh pengharapan).

Sebab apa, sebab saya mahukan loading page yang cepat kerana tidak semua pelayar internet mempunyai kelajuan internet yang laju. Jika berat mungkin akan ada masalah dari kemunculan gambar atau fungsi shopping cart. Melainkan itu benar-benar permintaan pelanggan, saya kena buatkan juga agar pelanggan berpuashati.


Kenapa mereka memilih konsep shopping cart dari blogspot?
  1. Bagi yang hanya ada modal kecil.
  2. Bagi yang nak murah dan jimat.
  3. Bagi mereka yang banyak produk dan harga pelbagai.
  4. Bagi yang tidak mahu pelanggan berasa sukar dan memakan tempoh lama berurusan.
  5. Bagi yang mahukan pengiraan kos yang dibuat secara automatik (Paypal - Kad Kredit/Debit) atau separa automatik (pembayaran online/offline bank-in).

SEO - Search Engine Optimization
Saya membantu untuk memasukkan kod untuk SEO. Pentingnya SEO adalah supaya blog kita dapat muncul di muka hadapan atau rank yang lebih baik pada enjin carian seperti Google. Selebihnya adalah kepada pemilik blog itu sendiri. Jika rajin kemaskini kemasukan produk/post baru, harapan untuk berada pada tangga lebih baik adalah cerah.


Tanda Ringgit Malaysia - "RM"
Semasa saya mula buat projek ni, memang sukar nak dapatkan simbol matawang Malaysia. Lebih banyak simbol menggunakan '$' atau USD. Yang paling hampir pun matawang dari Indonesia atau Rupiah. Saya mencipta sendiri simbol untuk Ringgit Malaysia untuk kod ini baru dapat gunakan tanda 'RM' hingga kepada penggunaan PayPal.


Pengiraan kos penghantaran dan cukai jika mahu.


Label / Kategori
Ramai penjual online ni ada banyak label bagi memudahkan pengunjung memilih atau mencari kategori produk yang sesuai dengan kesukaan mereka. Saya akan buatkan label tersebut menerusi navigation menu dan menjadikannya dropdown menu (sub) jika diminta berbuat demikian.


Desain - header dan background
(Maaf servis desain telah dimansuhkan atau akan di sub pada rakan lain).



Kata-kata aluan muka hadapan, Gambar Slider atau Kata-kata aluan ringkas
Saya akan buat atas permintaan.


Laman Pembayaran
Jangan risau ini akan saya sediakan, hanya tinggal edit agar bersesuaian dengan kehendak pemilik blog.


Pilihan dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.


Bolehkah saya buat bisnes melalui shopping cart ni sebab saya buta IT?
Boleh sebab saya akan bagi tutorial dan berpengalaman menghadapinya.
Saya sudah siapkan templat untuk setiap post. Hanya masukkan gambar dan edit teks agar bersesuaian dengan kehendak. Semua saya sudah siapkan untuk kemudahan pemilik blog shopping cart.


Apa yang saya dapat jika mahukan servis ini?
Selain dari pemberitahuan di atas, bantuan percuma diberikan. Saya akan membantu setiap permasalahan atau pertanyaan selepas servis.


Contoh lain templat shopping cart :

Blogspot shopping cart malaysia

Contoh di atas adalah dari www.sherazcollection.blogspot.com. Shopping cart ni muka hadapan atau laman utama adalah kata-kata aluan yang lengkap kerana pada menu telah sedia ada kategori yang lengkap menerusi dropdown menu yang saya buatkan.

Imej slider

Shopping cart di atas adalah contoh untuk imej peralihan (slider) yang mana jika ada promosi bergambar untuk beberapa kategori boleh dipaparkan melalui kemudahan imej slider.

 buatan Malaysia

Ini adalah shopping cart dari www.emeraldoutlet.blogspot.com. pemilik blog ini mahukan desain background dan header asal blog beliau di masukkan.


Berapa upah membuat blogspot shopping cart ni?
Bagi peniaga yang mahu membuat keuntungan yang banyak, upah membuat bermula dari RM150 adalah sangat murah. nak tahu boleh sembang dengan saya di www.facebook.com. Cari nama saya Hairizal Hamidon. Tidak sukar sebab header profil fb saya biasanya adalah berkenaan laman web atau bisnes.

Boleh juga menerusi Whatsapp di nombor 011-21710969


Apa yang anda perlu sediakan?
Beri saya siap-siap lengkap apa yang perlu seperti :


  1. No. telefon / Whatsapp(jika ada whatsapp)
  2. Nama, No. akaun bank dan nama bank
  3. Alamat e-mel jika ada.
  4. Alamat e-mel Paypal jika mahu guna pembayaran Paypal.
  5. Cadangkan caj penghantaran.
  6. Berikan 6-9 contoh gambar produk yang nak dijual beserta keterangan dan harga. 
  7. Cadangkan pada saya tema warna / background (Warna boleh lihat pada laman KOD WARNA). Atau imej background yang mahu digunakan.
  8. Contoh templat jika ada atau melalui contoh templat yang saya sudah sediakan seperti di atas.
  9. Tema bisnes - Anda nak jual produk apa?
  10. Adakah produk anda banyak kategori? Jika ada senaraikan siap-siap.
  11. Nama Blog dan Tajuk cadangkan pada saya atau jika anda sudah sedia ada nak gunakan yang lama, berikan kepada saya alamat e-mel blog dan password.
  12. Jika belum ada atau nak buat yang baru, saya akan buatkan alamat e-mel / blog yang baru untuk anda. Cuma cadangkan kepada saya nama e-mel baru dan nama blog kepada saya.
  13. Alamat Facebook / Twitter / Instagram jika ada.
  14. Dan lain-lain mana perlu. 


Selepas 3 hari blog siap dan diserahkan kepada anda, anda diberikan peluang untuk meminta dibuat sebarang perubahan sekiranya ada. 3 hari ye bukan 3 kali. Jika selepas pada itu baru mahu dibuat perubahan, caj tambahan akan dikenakan.. Hehehe.. Tapi setakat ni, saya tidak berkira sangat bergantung kepada kesibukan kerja juga untuk memberi tumpuan kepada giliran orang lain yang telah berjalan.


Akhir sekali..
Bayaran... Hehehe.. Sekiranya anda kurang percaya kepada saya untuk bayaran penuh sekalipun, berikanlah deposit yang membuatkan saya bersemangat dan percaya dengan kesungguhan serta komitmen anda.

NO. AKAUN MAYBANK : 1010 6693 5993 (Hairizal bin Hamidon)

Atau
NO. AKAUN CIMB Bank : 7612 1049 90 (Hairizal bin Hamidon)

Atau
Bayaran menggunakan Kad Kredit/Debit - Menggunakan PAYPAL.


Bayaran : 

Terimakasih...


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Saya membuat bisnes dari rumah dan lebih banyak tumpuan saya pada bisnes online. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan menyediakan servis buat blog dan web di J-REKA.COM.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan