Salam,
Saya dah lama tak melukis kartun. Dulu kat majalah sekolah saya rajin jugak sumbangkan kartun saya. Saya melukis kartun sejak dari sekolah rendah lagi sebenarnya selepas tertarik dengan teknik lukisan Dato' Lat yang sangat mudah atau simple iaitu dengan melukis gambar si Mamat.
Lalu saya mencuba dan kemudian mencipta watak kartun saya sendiri. Apa yang best ada member yang suka dan meniru kartun saya. Saya pernah melukis gambaran pelajar dalam kelas saya dalam bentuk kartun, diberi nama pengenalan kemudian ditampal di papan kenyataan kelas bagi memudahkan rujukan guru yang mengajar dalam kelas saya.
Ada seorang guru berbangsa Cina memuji lukisan saya dan dia berkata "Siapa lukis ini? Orang ini boleh cari makan.." Kembang kempis hidung saya bila rakan-rakan menunjuk ke arah saya.. hehe.. Tapi sayangnya saya tak ambil mata pelajaran lukisan untuk SPM dan tak pula menjadi kartunis ohh..
huhuhu...
Mungkin ada rakan-rakan sekolah yang masih mengingati kartun saya? Hmmm..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan