Di Mana 'Expand Widget Template'?

Mungkin masih ramai lagi yang belum menyedari atau tercari-cari di mana kotak centang bagi Expand Widget Template untuk menambahkan kesan kepada blog kita. Kita boleh perolehi kod dari pakar-pakar skrip kod HTML sebagai penampilan blog untuk blogger blog, tapi kebanyakkannya versi terdahulu di mana blogger blog menyediakan kemudahan Expand Widget Template

Pada bulan April 2013 baru-baru ini blogger blog telah mengubah kemudahan terbaru untuk Edit HTML. Jadi tak perlu lagi kita mencari Expand Widget Template sebab memang blogger blog dah tak sediakan untuk kita. Mungkin dia nak bagi cabaran buat kita menjadi lebih pandai agaknya. 


Berikut di bawah ini akan diterangkan gambaran berkenaan perubahan tersebut yang telah disediakan oleh Blogger Buzz.


Pada Blogger dashboard, klik Template kemudian klik Edit Template untuk memasukkan kod tambahan anda.


Kemudian klik Jump to widget. Di situ ada pilihan di mana perlu letakkan kod anda. Contoh anda klik Blog1 seperti contoh imej di atas untuk melihat di mana arahan kod anda bagi meletakkan kod tersebut. Terdapat tanda '' seperti imej di bawah. Apabila anda klik tanda tersebut maka ia akan dikembangkan lagi kod-kod yang tersembunyi. Anda boleh ketik butang keyboard Ctrl+F untuk mencari kod yang anda perlukan.


Mungkin anda berasa sukar dengan cara ini. Cara ini perlu berani dan membuat backup terlebih dahulu mana tahu jika tersilap teknik kita dah ada backup. Anda boleh download kod atau dengan cara CTRL+A kemudian CTRL+C kemudian cari Notepad dalam komputer anda dan paste kod tersebut. Save kod blog anda.

Pilihan alternatif bagi langkah kedua.
(Samada anda akan terus ke langkah kedua dibawah atau terus edit di Notepad setelah anda tambahkan kod baru kemudian Copy semua kod yang ada di Notepad dan Paste di ruangan Edit Template ni.. )

Kalau langkah pertama di atas leceh, skip atau terus je ke langkah kedua ini dengan lebih berani-nya (hehehe..) Ok, bagi membuat ia seperti penggunaan klik Expand Widget Template, anda boleh guna cara ini je :

  • Tekan CTRL+A untuk menyorot semua kod.
  • Tekan CTRL+C untuk menyalin/copy semua kod.
  • Tekan tombol DEL pada keyboard untuk menghapus semua kod.
  • Terakhir tekan CTRL+V untuk paste semua kod.


Ok cari kod yang diperlukan dengan menekan CTRL+F tombol keyboard komputer anda. Kemudian paste kod yang anda ingin masukkan tersebut...

Akhir sekali jangan lupa untuk Preview terlebih dahulu atau terus Save sahaja. Selesai.

Ok setakat tu je tutorial kali ni. Jumpa lagi.. 

Adios!

7 ulasan:

  1. Susah la kalau macam tu... :( tak dapat la saya edit blog dan berblog lagi...
    saya tak suka new interface blog ni ...bencinya

    BalasPadam
  2. Yup, pihak blogger memang ada alasan untuk buat perubahan. Kebaikan bagi kita semua adalah, kita akan cuba belajar menggunakannya sehingga berjaya dan menjadikan pengguna blogspot lebih pandai. :)

    BalasPadam
  3. Saya cadangkan download Notepad++ di http://notepad-plus-plus.org/
    Bila dah install kat komputer kita, balik semula ke blogger, copy semua kod kat bahagian Edit HTML. Paste kod tadi kat notepad++. Kemudian gunakan fungsi 'search' pada menu. Kemudian edit di sana aje. Dah siap, copy semua kod yang kita dah buat tadi dan paste semula kat bahagian 'Edit HTML'.

    BalasPadam
  4. berguna penerangan anda ni..terima kasih

    BalasPadam
  5. tak boleh ke kalau kite back to interface yang lama?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try masukkan nombor ID blogger anda.

      Salin url ni tapi gantikan nombor ID blog anda.
      http://www.blogger.com/posts.g?blogID=7684209674460696977

      Padam